Zionis Israel Dan Misteri Peti Tabut. Dimanakah Letaknya Peti Tabut?


Hasil usaha kaum Zionis Israel memecah belahkan penduduk Palestin, agar mereka dapat merampas kembali peti Tabut yang kononnya ada bersama-sama penduduk Palestin.

Peti Tabut pada asalnya adalah peti yang sangat berharga bagi Bani Israel sejak zaman Nabi Musa A.S dan kononnya  mereka (Zionis) mendakwa mereka berhak ke atas peti Tabut ini lah, mereka menyerang penduduk Palestin.

Peti Tabut ialah sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan kitab Taurat Nabi Musa A.S dan tongkat Nabi Musa A.S, yang digunakan oleh Nabi Musa untuk membelah lautan ketika dikejar oleh Firaun, juga peti ini mengandungi serban Nabi Harun A.S dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa A.S dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir.

Terdapat ukiran seperti ukiran dua kepak malaikat terbuka sayap di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua hasta setengah panjang dan satu hasta setengah lebar dan tinggi. Ia di perbuat dari kayu keras jenis Akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya telah disepuh dengan emas serta kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas. 

Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 248 tentang peti Tabut ini;

''Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". 

Peti Tabut dikatakan sebagai peti ''Sakinah'' kerana ia akan menimbulkan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya. Kaum Zionis Israel mendakwa mereka lah sebenarnya puak Bani Israel yang mengikuti ajaran Nabi Musa A.S dan mendakwa mereka berhak ke atas peti Tabut dan mereka konon mendakwa mereka mahu memulakan kembali kemahsyuran pemerintahan zaman Nabi Musa A.S setelah memiliki peti ini. Hakikatnya mereka bukanlah kaum Bani Israel sebenar dan bukan pula kaum yang mengikuti ajaran Nabi Musa Alaihissalam dan bukan pula pengikut kitab Taurat yang sebenar. Itu hanya satu alasan dan pembohongan oleh Zionis.
Gambaran Bentuk Peti Tabut
Kaum Yahudi sangat percaya, jika mereka memegang dan menguasai peti ini, mereka akan memperolehi kejayaan dan ketenangan dan akan menjadi satu bangsa yang kuat. Sesetengah dari kaum yahudi percaya, Tabut memiliki karamah nya tersendiri kepada bangsa mereka. Dan mereka sangat taksub kepada Tabut hingga percaya bahawa Tabut mampu memberi kesaktian kepada kemenangan kaum mereka.
Sesetengah kaum Yahudi percaya dan berpendapat bahawa Tabut ini berada dibawah Masjidil Aqsa. Sehingga hari ini mereka terus menceroboh Masjid Al Aqsa , menggali di bawah Masjidil Aqsa dengan dakwaan mereka sedang mencari ''harta'' kepunyaan bangsa mereka yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada Bani Israel. Walaupun sudah berpuluh tahun menggali dan mencari, Zionis Israel masih tidak menjumpai peti Tabut ini. Pada hakikatnya tiada siapa yang tahu di mana sebenarnya kini peti Tabut. Penggalian dan Pencerobohan terhadap Al Aqsa demi untuk mencari Tabut hanya lah alasan mereka hakikatnya mereka sendiri tidak tahu dimanakah letaknya Tabut!

Comments